Wednesday, June 24, 2009
motivasi diri

a yang saya nak katakan selepas ini adalah rahsia besar orang-orang berjaya. Dari kajian saya melalui pemerhatian dan pembacaan, orang berjaya mencapai kecemerlangan bukan setakat dia rajin berusaha. Ya, kejayaan bukan sekadar usaha keras.
Ada sesuatu yang membantu dia untuk berjaya. Selain dari faktor seperti kekuatan semangat, kerajinan berusaha dan kekentalan tekad di hati, ada sesuatu yang lain.
Pendek kata, sesuatu yang satu itu adalah supernatural! Ia tidak lain dan tidak bukan, mereka berjaya kerana usaha mereka dibantu oleh imaginasi di minda mereka. Orang berjaya, sebelum dia mencapai kejayaan, dia telah membayangkan kejayaan itu di mindanya beberapa bulan sebelum dia benar-benar dapat mencapai tahap kejayaan tersebut.
Imaginasi membolehkan kita berjaya dengan kudrat hampir minima. Bukan sekadar kita, sesiapapun boleh! Janji, dia tahu memperalatkan imaginasi.
Syaratnya ada banyak untuk Anda mencapai tahap sebegitu. Dia kena tahu bagaimana untuk membina imaginasi yang membolehkan dia muncul jadi orang cemerlang. Dia kena tahu bagaimana dia boleh menggunakan kedua-dua belah otaknya semaksima mungkin. Ada lagi syarat.
Banyak tak? Memang banyak (sebab itulah mengapa hanya ada sedikit orang berjaya di kalangan kita!). Dia perlu menghampirkan diri dengan pencipta alam semesta juga tenaga-tenaga dari alam semesta itu sendiri.
Sebenarnya kita sudah diberikan kapasiti untuk kita mempergunakan imaginasi dalam usaha mencapai kejayaan. Jika bukan kejayaan besar, cukup untuk kita mencapai kejayaan-kejayaan kecil dalam aktiviti seharian sebagai bukti ia boleh menarik kejayaan muncul dalam hidup kita. Nyatalah Yang Maha Esa memang amat menyayangi kita, jadi kita perlu jadi orang yang bersyukur.
I LOVE MY BLOG9:23 PM