Saturday, June 27, 2009
KISAH JIN
Sepatutnya dibaca ayat Nabi Sulaiman dalam berbicara dengan Jin. Ini kerana seperti diketahui, JIn-jin ini memang cukup takut sampaikan nak menjeling anak mata NaBi Sulaiman pun tak berani apatah lagi membantah arahan Nabi Sulaiman. Betul sememangnya ada penunggu seperti yang dikatakan oleh orang tua-tua. Dimana menurut Ustaz Ismail Kamus, di dalam hutan, lombong, kolam, di udara, pokok ciku, pokok kelapa gading adalah merupakan sebahagian tempat tinggal jin. Jin berbeza dengan syaitan Kalau jin, terdapat jin kafir dan juga jin Islam. Kalau syaitan, semuanya kafir belaka. Itu sebabnya kalau membuang ayer kecil contohnya tidak boleh sebarangan atau merata. Tunggula…selepas itu akan bengkak-bengakakla si anu dan si anu.
Sebut pasai udara yang merupakan tempat tinggal bagi jin, tidak mustahil jikalau bangunan tinggi yang ada di negara kita ini didiami oleh makhluk yang dinamakan jin. Sehinggakan, satu ketika dahulu jikalau korang perasan pernah digempar dengan kisah disebalik Ustaz Harun Din Al-Hafiz yang telah memindahkan jin-jin yang dikatakan mendiamani salah satu tingkat tinggi di menara KLCC ke tempat yang jauh daripada tumpuan manusia. Ada yang mengatakan dipindahkan ke Sintokh, Kedah. Betul ker????
Menurut, Ustaz Ismail Kamus jikalau sesiapa keluar mlam, dilarang sama sekali ketika pulang ke rumah, terus hendak memegang budak atau anak. Sebabnya ketika kita pulang ke rumah ada kemungkinan kita akan diekori oleh jin masuk ke dalam rumah. Itu yang menyebabkan anak-anak kecil akan meraung sekuat hati sepanjang malam. Satu perkara yang membimbangkan tentang situasi seperti ini sekiranya berlarutan, dan si bapa atau ibunya tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Mulalah mencari alternatif dan karut lagi marut. Berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan memberikan pula tangkal sebagai langkah perubatan. Inilah tujuan asal jin supaya kita di bawa ke arah jalan melakukan perkara yang syirik. Sepatutnya, apabila mengalami seperti ini, Ustaz Ismail Kamus menyuruh kita membaca ayat kursi sebnyak tujuh kali kepada anak kecil kita yang sedang menangis. Ini kerana sekali baca ayat kursi, jin mungkin akan datang balik mengganggu selepas itu. Tapi jika dibaca berkali-kali sehingga 7 kali, maka Jin pun akan bosan dan seterusnya akan mencari mangsa yang lain.
Kalau nak diikutkan sebenarnya kalau bomoh-bomoh yang tahu berkenaan alam ghaib sekarang ini semuanya karut belaka. Ini kerana bomoh pun dapat tau daripada Jin. sepertiyang diketahui, Jin sebelum ini sememangnya boleh mendapat berita daripada langit kerana dia boleh mengintai keadaan yang berlaku di atas langit dengan cara memanjat antara satu sama lain. Ini kerana pada masa dulu, pintu langit belum lagi dijaga oleh Malaikat. Itu sebabnya ketika dulu, bomoh-bomoh sangat dipercayai oleh orang ramai kerana berita yang disampaikan mereka melalui Jin adalah benar belaka. Sehinggalah pintu langit dijaga oleh malaikat apabila tutunkan kitab suci Al-Quran. Tetapi Jin meneruskan pembohongannya kerana dia tahu, manusa dah taksub dan percayakan bomoh walaupun Jin sudah tidak mampu mendapat khabar berita daripada alam ghaib.
I LOVE MY BLOG12:58 AM
LUKISAN 3D
Cantik bukan? Bukan setakat cantik semata aja lukisan-lukisan ini. Tapi memang ajaib lukisan diorang nie.
I LOVE MY BLOG12:55 AM
BUAH
a) Jangan Suka Mendedah Tubuh”
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
b) Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
c) Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
d) Jaga Kesucian Dalam Bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.
e) Selalu Bertindak Adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
f) Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
e) Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.
I LOVE MY BLOG12:48 AM
Rahsia DiSebalik Tulisan Anda
Saya terpanggil untuk membuat artikel berkaitan rahsia disebalik tulisan anda termasuk juga saya selepas melihat rancangan suatu rancangan yang telah menjemput Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Dr. Fadzilah Kamsah merupakan seorang pakar motivasi memang tidak asing lagi dikalangan pelajar terutamanya yang sememangnya dahagakan tips-tips dan panduan motivasi daripada seorang yang pakar seperti Dr. Fadzilah. Beliau yang sering muncul di kaca televisyen dan juga di kem-kem bina semangat serta motivasi telah berkongsi beberapa rahsia di sebalik tulisan anda. Sama-sama kita kita terjah…..Huhuhhh….
Pada mulanya saya berasa pelik dan hairan, teruja pun ada, bagaimana daripada segi tulisan yang dihasilkan pun mampu dikaji dan dihuraikan kepada gambaran pesonaliti seseorang. Pastinya yang dah baca artikel ini, akan menukar gaya tulisan korang. Kalau takpun, malu-malu kucing nak tunjuk tulisan korang kat orang lain. Ada ker sampai buat cmtu sekali. Huhuhh….Sekali diteliti ada kebenaran dan logiknya. Sebabnya, saya sendiri kena tembak kaw-kaw punya berpandukan kepada beberapa gaya tulisan yang dijelaskan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.
Mari, sama-sama kita lihat siapa yang kena :
TEKANAN
1) Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Ciri-ciri : Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
2) Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Ciri-ciri : Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
BENTUK TULISAN
1) Tulisan yang bulat-bulat
Ciri-ciri : Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
2) Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Ciri-ciri : Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Kecondongan
1) Condong ke kanan
Ciri-ciri : Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
2) Condong ke kiri
Ciri-ciri : Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
3) Tegak
Ciri-ciri : Systematik, berdisiplin, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
4) Campur-campur
Ciri-ciri : Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
KERAPATAN
1) Jarang-jarang
Ciri-ciri : Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
2) Rapat-rapat
Ciri-ciri : Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
PADA HURUF J, G, Y, Z
1) Ada ekor
i) Besar, panjang dan sempurna
Ciri-ciri : Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
ii) Kecil, pendek dan tak sempurna
Ciri-ciri : Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
PADA PALANG HURUF KECIL T (t)
i) Tinggi
Ciri-ciri : Tahap aspirasi tinggi
ii) Rendah
Ciri-ciri : Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii) Tengah-tengah
Ciri-ciri : Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Aaaaa…dah abes baca dah??? Kira dah jumpa la nie kan identiti tulisan korang. Ker….tak jumpa lagi??? Kalau tak jumpa gak, mungkin tulisan korang tu belum cukup syarat nak masuk carta rahsia disebalik tulisan anda. Saya ambil sedikit contoh daripada maklumat atau info seperti artikel di atas ini, kita juga boleh berikan taksiran tersendiri walaupun hanya melihat dengan mata kasar daripada segi gaya tulisan seseorang. Kita ambil contoh seperti, seseorang yang sering menukar gaya tulisannya. Mungkin ada yang akan berpendapat orang seperti ini mungkin tidak mempunyai pendirian yang teguh ataupun seorang yang suka bermuka-muka. Jikalau difikirkan secara logiknya ada kebenaran atau dalil yang menguatkan persepsi yang seperti ini. Walaubagaimanapun, perbuatan seperti ini kadangkala berlaku secara kebetulan sahaja ataupun seseorang itu lebih selesa menggunakan gaya tulisan seperti yang mereka sedang gunakan sekarang.
P/S : Mungkin artikel ini membantu sedikit sebanyak kepada korang semua termasuk saya sendiri untuk mengetahui pesonaliti diri dalam membantu membentuk diri ke arah yang lebih balik. Cayalah…..
I LOVE MY BLOG12:28 AM
Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah
Aku dapat tips ni dari e-mail. Baca dan amalkan. Semoga kita sama-sama dapat manfaat. InsyaAllah.
Tatacara makan & minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak
Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
I LOVE MY BLOG12:23 AM
Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan
Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.
Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.
Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.
Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?
Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.
Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.
Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.
Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.
Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.
Be a good friend.
I LOVE MY BLOG12:05 AM
Friday, June 26, 2009
Rahsia Kejayaan Dr Fadzilah Kamsah Dalam eBook Mentor
Berita baik buat peminat-peminat motivasi.
Pakar motivasi paling faymes di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Dr Fadzilah Kamsah kini mendedahkan kisah dirinya dalam eBook Mentor jutawan yang dicompilekan oleh Dr Irfan Khairi.
Yang bestnya dalam eBook ni, Dr Fadzilah Kamsah berkongsi kisah peribadi beliau yang tidak mendapat sokongan bapa apabila ingin memulakan perniagaan pada peringkat awal dulu. Dr Fadzilah Kamsah tak mendedahkan kisah ini di mana-mana!
Selain itu, Dr Fadizlah Kamsah turut mendedahkan rahsia kejayaannya dalam bidang motivasi. Sebut saja motivasi, mesti terbayang muka Dr Fadzilah Kamsah, betul tak?
Dia telah berjaya membina nama dan jenama tersendiri dalam industri pembinaan insan di Malaysia dan diiktiraf sebagai ikon berpengaruh!
Anda boleh dapatkan pendedahan kisah kejayaan beliau dalam eBook Mentor Jutawan yang baru saja terbit.
I LOVE MY BLOG11:52 PM
Thursday, June 25, 2009
cerkon sekejap(CERITA LUCU)
1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..
2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!
3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!
4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .
5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"
6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!
yg ney ak copy dri...
www.yynr.org/v1/news+article.storyid+469.htm
I LOVE MY BLOG4:44 AM
CERKON SEKEJAP(LUCU)
Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.
"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.
"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.
"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."
Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.
"Kenapa anda pula yang keberatan?"
"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."
"??@#$!!&##!!"
Katak dan Kodok
Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.
Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.
Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.
Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.
Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.
Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.
Suami Yang Adil
Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu.
Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.
Khasiat telur separuh masak
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.
Ha........Lu Pikir ah sendiri.......
Tipah Tertelan Duit
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
I LOVE MY BLOG4:35 AM
TIP COVER MALU
korang kenal x zoey....
mesti sume knalkn kn..? ak minat dy sgt2 mse ak tgk dy dlm cite bong...
hurmm...sedang ak menziarahi fan club dy...ak terjumpe artikel yg menarik htiku ini..
(nk jdi sebahagian fan club dy..?? bka jer fan club blog dy yg ak da ltak dkt blog yg best2 gile...)
Cara-cara nak cover malooooo...
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....
I LOVE MY BLOG3:59 AM
Wednesday, June 24, 2009
rejab
Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Amalan
Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.
Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).
Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.
I LOVE MY BLOG10:41 PM
biodata RASULULLAH
Ketika aku sedang sibuk mencari artikel2 yg menarik di website www.iluvislam.com
ak terjumpa sesuatu yg menarik perhatian ak..biodata Rasulullah...mungkin anda semua sudah menghafal biodata artis2 yg sedang meletup masa kini...tetapi sudahkah anda menghafal atau mengetahui sejarah kaum nabi kita..
sama kita renungi.........
Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
- Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
- Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
- Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
- Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
- Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
- Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."
I LOVE MY BLOG10:33 PM
iblis laknatullah
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
I LOVE MY BLOG10:29 PM
motivasi diri
Hiking dan kembara hidup
Pada beberapa hari yang lepas, penulis telah menyertai satu program hiking, yang mana pengalaman tersebut adalah yang pertama buat penulis. Oleh kerana aktiviti tersebut adalah baru bagi penulis, banyak perkara yang telah penulis pelajari dan masih perlu pelajari.
Aktiviti tersebut telah disertai beberapa candidate yang lain seramai hampir 30 orang (dibahagi kepada 4 kumpulan). Tepat pada waktu yang telah dirancang, aktiviti tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh penulis sendiri. First time baca doa sebelum masuk hutan, barulah penulis tahu doanya bukan dengan menadah tangan, tapi dengan menekapkan tangan ke atas tanah. Setelah selesai berdoa, para peserta bergegas mengambil beg-beg dan keperluan masing-masing lalu bermulalah aktiviti hiking yang dinanti-nanti.
Destinasi yang dituju adalah air terjun yang terletak agak-agak di puncak gunung. Dengan diketuai oleh urusetia, para peserta bergerak mengikut jalan yang telah ditetapkan. Keadaan muka bumi yang tidak menentu menyebabkan penulis adakala bergerak rapat dengan peserta yang lain dan adakalanya bergerak terjauh sedikit. Keadaan muka buminya ada yang curam, licin, tanah lembik, bersemak samun, dan ada juga yang rata, lapang, landai, dan keras.
Penulis dapati, apabila penulis atau peserta lain bergerak terlalu rapat dengan peserta yang lain, setiap langkah kami akan mengikut setiap jejak peserta yang berada dekat di hadapan kami. Andai kata peserta di hadapan terpijak tanah lembik, peserta yang di belakangnya juga turut sama. Namun, apabila penulis atau peserta lain bergerak agak berjauhan dengan peserta di hadapan, setiap langkah yang dibuat ditentukan oleh kami sendiri. Andai kata peserta di hadapan terpijak tanah lembik, kami sempat lagi mencari tapak lain untuk dipijak.
Dalam perjalanan itu, ramai antara kami telah diserang oleh makhluk yang dahagakan darah. Atau lebih dikenali sebagai pacat. Oleh kerana pengalaman pertama dihisap pacat, terdapat peserta yang terus mencabutnya dengan paksa. Akibatnya, darah mengalir keluar perlahan-lahan tidak henti-henti sepanjang perjalanan itu. Penulis juga tidak terlepas daripada diserang, tetapi penulis memilih untuk menderma darah kepada pacat-pacat tersebut. Atas nasihat mereka yang lebih berpengalaman, penulis membiarkan sahaja pacat tersebut melekap di kaki penulis. (Dikatakan pacat ini sebenarnya menghisap darah kotor dalam badan kita.)
Selepas hampir satu jam perjalanan, para peserta tiba di suatu kawasan yang agak lapang dan dibenarkan berehat. Kemudian, urusetia pun mengadakan cabaran yang seterusnya (mencipta stretcher/tandu daripada kayu). Cabaran tersebut di carry sepanjang perjalanan yang seterusnya. Kini, dua bebanan terpaksa kami hadapi dalam satu masa iaitu mendaki gunung sambil membawa rakan kumpulan kami (ada 4 kumpulan semuanya) di atas stretcher/ tandu tadi. Ternyata, kembara menjadi semakin sukar. Namun, atas strategi dan kerjasama antara ahli kumpulan, segala halangan (naik turun bukit, jalan sempit) dapat kami tempuhi dengan jayanya.
Akhirnya, kami sampai jua ke destinasi yang dituju. Cantik sungguh kawasan air terjun tersebut. Kami pun menghilangkan kepenatan dengan menikmati kesejukan air yang tak terkata (menggeletar mulut tak leh nak cakap apa-apa la) dan meneruskan aktiviti lain yang seterusnya di situ.
Program dan aktiviti ini tidaklah penulis ceritakan secara detail kerana penulis sebenarnya ingin menghighlightkan pengembaraan tersebut dengan kembara hidup kita.
=Peserta hampir 30 orang=
Sedar atau tidak, kita mengharungi perjalanan hidup ini bukanlah bersendirian. Mustahil untuk kita menempuhnya bersendirian dan Allah pun telah menciptakan kita daripada pelbagai jenis, kaum, dan bangsa dengan tujuan supaya kita dapat berkenal-kenalan.
=Doa, beg, dan barang keperluan=
Sejak lahir lagi kita telah dididik dan dibekalkan dengan ilmu-ilmu (yang kita pelajari) bagi menghadapi kehidupan masa akan datang yang penuh liku. Tanpa ilmu, kelengkapan lain, dan doa, kita akan tewas dengan mudahnya hanyut dengan arus zaman. Buktinya, tengoklah belia-belia masa kini, rosak, mencemarkan maruah bangsa dan Negara, lebih memalukan lagi membabitkan agama.
=Destinasi air terjun, diketuai urusetia=
Masing-masing daripada kita, sudah pasti ingin menuju syurga yang Allah janjikan. Allah telah mengutuskan rasulNya dan menunjukkan jalan yang sepatutnya kita lalui bagi mendapatkan syurga tersebut iaitu dengan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah. Nabi sudah menjamin dari dahulu lagi bahawa barangsiapa yang berpegang pada dua perkara tersebut tidak akan sesat selamanya.
=Keadaan muka bumi tak menentu=
Seperti yang kita sedia maklum, perjalanan hidup kita penuh dengan onak dan duri, berliku-liku. Juga dikatakan bagai roda, adakala kita di atas, adakala kita di bawah. Kita tidak boleh lari daripada kenyataan ini. Dengan kita memahami fitrah ini, segala yang bakal kita tempuhi tidak akan menjadi suatu tekanan yang amat membebankan. Allah adalah penentu segalanya dan kita hanya perlu berusaha.
=Jejak peserta=
Dalam kehidupan ini, adakala kita berada dalam pimpinan dan adakala kita hanya sebagai pendokong/ pengikut. Apabila kita menjadi pemimpin, harus kita awasi setiap keputusan, tingkah laku, dan kata-kata kerana ianya akan diikut dan dipegang oleh mereka yang dipimpin. Andai keterlanjuran kita diikut oleh orang-orang di bawah kita, maka sahamnya akan kita peroleh jua di akhirat nanti. Dan apabila kita jadi pengikut, seharusnya kita tahu untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Tidaklah kita mengikut membabi buta.
=Pacat=
Banyak perkara yang kita sangka dan tidak kita sangka akan kita peroleh. Mungkin ada yang bukan kehendak kita. Namun, sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Mungkin apa yang kita rasakan buruk sebenarnya baik bagi kita, dan begitu juga sebaliknya. Ketahuilah bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya. Tempuhlah kehidupan ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti sabar dan berani.
=Rehat dan cabaran seterusnya=
Kita selalu leka dengan nikmat sihat dan lapang. Tanpa kita sedar, dalam kedua nikmat itu Allah telah sediakan bermacam-macam ujian dan dugaan untuk kita tempuh. Maka, masa yang ada usahlah dibiarkan berlalu begitu sahaja. Persiapkanlah diri kita agar tidak kecundang di masa hadapan.
=Memikul stretcher/tandu sepanjang perjalanan=
Andai kita fikir-fikirkan, ada ujian, dugaan, atau masalah dalam kehidupan kita yang perlu kita hadapi dalam suatu tempoh masa yang panjang. Dan ada juga masalah-masalah yang akan kita hadapi banyak dalam satu masa. Andai kita memilih untuk hidup bersendirian, maka kita telah memilih untuk gagal. Kita dituntut untuk berada dalam jemaah dan seharusnya kita hadapi hidup ini bersama-sama dengan yang lain. Kita pun sedia maklum, dengan tenaga, buah fikiran, dan orang yang lebih ramai, berserta dengan kerjasama dan strategi yang baik, segala urusan dapat ditangani dengan mudah.
=Air terjun=
Akhirnya, setelah hidup ini kita lalui dengan jayanya, mengikut segala suruhan dan meninggalkan laranganNya, mematuhi syariat-syariatNya, memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab kita, dan lain-lain, ganjarannya akan kita rasai. Syurga yang nan jauh lebih indah itu langsung akan membalas segala apa yang telah kita tempuh di dunia ini. Betapa berbaloinya tidak terkira apabila destinasi yang kita tuju ini telah kita sampai..
Semoga penulis dan pembaca akan terus ingat sunnah-sunnah kehidupan ini dan dapat menempuhnya mengikut kehendak Pengaturnya agar di akhir nanti syurga yang diidam-idamkan dapat dirasai. Amen..
Wallahu a’lam..
I LOVE MY BLOG10:07 PM
ikhlas..yakin..percaya..
Ikhlas, yakin dan percaya itulah kunci utama dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Namun saya akui untuk memiliki sifat ikhlas , yakin dan percaya, banyak perkara yang perlu kita tempuhi. Untuk memilki ketiga-tiga sifat ini, memerlukan kita bekerja keras untuk mencapainya.
Sebagai seorang muslim, sudah tentu sifat ikhlas, yakin dan percaya kita yang utama hanya untuk ALLAH. Kerana itulah dalam apa jua yang kita lakukan hendaklah diniatkan segalanya kerana ALLAH. Malahan dalam kebanyakan ibadat yang kita lakukan perlu diniat segalanya adalah ikhlas kerana ALLAH.
Namun begitu adakah kita benar-benar ikhlas. Andaikan soal kerja, terdapat individu yang berkata, aku bekerja ikhlas kerana ALLAH. Tetapi apabila gaji dibayar lewat dari kebiasaan, fikiran tidak lagi tenang, emosi tidak lagi dapat di kawal. Jika kita berada di dalam keadaan seperti itu, adakah ianya dinamakan ikhlas?. Bercakap itu sememangnya mudah.
Jadi bagaimana untuk mewujudkan sifat yang ikhlas, yakin dan percaya ini?. Adakah ianya terlalu sukar?
Lihat saja apa yang berlaku terhadap pasangan yang bercinta ? mereka boleh bercakap berjam - jam tanpa rasa jemu dan penat, Mengapa mereka sanggup bergayut berjam-jam seperti itu, kerana segala apa yang dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa terpaksa atau dipaksa dan rasa ikhlas itu wujud kerana adanya kepercayaan dan yakin terhadap pasangan .
Tetapi bagaimana jika tiada rasa cinta ? boleh bercakap lama,sampai berjam - jam?. Anda percaya, yakin dan ikhlas terhadap pasangan Anda, kerana wujudnya perasaan cinta Anda terhadap pasangan Anda. Jadi bagaimana untuk kita benar-benar ikhlas, yakin dan percaya dengan kekuatan dan kekuasaan ALLAH?. Sudah tentu perlu adanya rasa cinta kita kepada ALLAH.
Namun begitu, bagaimana pula untuk kita mewujudkan perasaan cinta ?
I LOVE MY BLOG10:03 PM
cerkon sekejap(harus dbaca)
Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, ketika saya masuk ke dalam pejabat saya seperti hari-hari yang biasa, seseorang telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Bersama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.
Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”
Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”
Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”
Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”
“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.
Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownies kedua, dan brownies ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… namun saya gagal meyakinkan diri saya. )
I LOVE MY BLOG10:01 PM
cerkon sekejap
Aku sangat mengaguminya dan seringkali ia menghiasi lamunan-lamunanku. Aku ingat caranya tersenyum ketika berjumpa denganku. “Gimana Akhi, sehat?” teriring senyum tulus yang mengembang di bibirnya, menyirami hati yang seminggu ini layu.
Ustadz adalah seseorang yang kukagumi. Darinya aku dapati pelajaran-pelajaran hidup. Tausyiah imaniyahnya mengena di hati. Aku menduga itu adalah pantulan cahaya keimanan dari hatinya. Ia menasehatiku bahwa tidak ada kebahagiaan selain meyakini Allah sebagai satu-satunya Robb dan Ilah yang diibadahi, dicintai, ditakuti dan diyakini sebagai pelindung dan penolong di dunia dan akhirat.
Ustadz adalah seseorang yang dikaruniakan Allah kelapangan. Namun tampilannya tetap sederhana, tawadhu, bahkan ia tidak malu membeli barang-barang second dari toko barang bekas. Mungkin, ia sulit melupakan kondisinya sewaktu awal menikah dulu. Ia mengisahkan, ketika melamar, ia tidak punya pekerjaan tetap dan hanya berdagang di pinggir-pinggir masjid. Ketika calon mertua bertanya tentang kesanggupannya untuk menghidupi putrinya. Ia dengan yakin menjawab, “Insya Allah! Saya belum punya penghasilan tetap dan tidak punya apa-apa, tetapi saya yakin Rizki itu di tangan Allah!” katanya, waktu menjawab pertanyaan calon mertua dulu. Mertuanya hanya terheran-heran, mungkin cemas terhadap kebahagiaan putrinya kelak, ceritanya kepadaku sambil tertawa. Ia bercerita di awal menikah hidupnya kembang-kempis, seringkali uang beasiswa kuliah menjadi uang belanja agar dapur rumah tetap mengepul.
Tapi itu cerita masa lalu. Allah telah mengaruniakan kehidupan yang baik. Hidupnya terbilang berkecukupan. Namun, itu tidak membuatnya mencintai kehidupan dunia dan mengurangi intensitas hubungannya dengan Allah. Satu pesannya kepadaku yang begitu membekas, ia menegaskan bahwa tidak ada jalan kesuksesan selain mendekat kepada Allah, menguatkan hubungan dengan Allah dan meningkatkan takwa kepada Allah.
“Bertakwalah kepada Allah! Bertakwalah kepada Allah!”. Kata-kata itu yang seringkali keluar dari lisannya. Ia menekankan untuk hanya percaya dan menyerahkan urusan (tawakal) kepada Allah saja. “Percayakanlah kepada Allah! Bertawakallah kepada Allah!”. Bukan kepada kepada ikhwah, bukan pula ke seorang manusia pun. Menurutnya manusia bisa memungkiri janjinya, atau hilang keistiqomahannya. Tetapi Allah tidak seselaki pun memungkiri janjinya.
Aku dapati teladan yang baik darinya. Seringkali untuk panggilan-panggilan dakwah, ia tinggalkan kesibukan bisnisnya. Pernah suatu waktu kegoncangan menerpa bisnisnya, sedangkan istrinya menangis sedih. Ustadz hanya mengatakan seperti yang ia tuturkan kepadaku, “Ummi, semua ini milik Allah, kalau Allah mau mengambil ini semua dari kita, itu adalah hak Allah! Kita serahkan semuanya kepada Allah saja! Tidak mengapa kita harus mulai dari awal kembali! Kita juga memulai ini dari tidak punya apa-apa!”
Bahkan ustadz mengatakan, “Ana udah tidak punya apa-apa lagi akhi, semua harta ini sudah ana serahkan ke istri dan anak-anak ana semuanya!”. Ustadz adalah orang yang penyayang kepada istrinya dan ayah yang amat lembut terhadap anak-anaknya. Namun, suatu kali, ia pernah mengingatkan bahwa kecintaan terhadap istri, anak-anak dan harta kekayaan tanpa disadari dapat menggeser kedudukan Allah dalam hati kita dan memberatkan kita untuk berdakwah dan berjihad di jalan-Nya. Perkataan yang mengingatkan saya pada sebuah ayat di Surat At-Taubah:
“ Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik “ (A.24)
I LOVE MY BLOG9:42 PM
membaca megembangkn minda
Permulaan tahun adalah masa yang amat sesuai untuk menilai sesuatu. Menilai pencapaian diri. Selalunya orang buat pada akhir tahun, bagi saya, tidak ada salahnya jika ia di lakukan pada awal tahun pun, yang penting, perubahan dan tindakan yang anda ambil selepas penilaian itu sendiri.
Selepas penilaian, anda boleh mula BERHENTI MENANTI, dan mula melangkah. Melangkah ke arah kejayaan. Kita boleh menggunakan hasil penilaian diri kita untuk melihat kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan di masa lalu, dan mengambil iktibar dari kesilapan itu sendiri, mengubahnya menjadi tips pemecut kejayaan!
Cuba anda renung-renungkan beberapa soalan ini, yang akan membantu anda menilai, dan merancang tahun baru 2009 anda dengan lebih baik.
Apa yang benar berguna, tindakan yang mana, strategi yang mana yang perlu anda teruskan pada tahun 2009, dan apa yang perlu anda lakukan dengan lebih kerap?
Maksud DM di sini, anda perlu tahu jika anda mula merancang kerja esok hari anda (menulis perancangan di malam hari), dan anda telah menjimatkan pengunaan masa anda sehingga 70%, maka strategi ini berguna untuk anda, dan anda perlu kekalkan di tahun 2009
Jika dengan mula menambah pembacaan mengenai kisah-kisah kejayaan menjadikan anda lebih bermotivasi, ceria, bersemangat, maka teruskan membaca!
Dan jika ia benar-benar menjadikan kehidupan anda lebih baik, gandakannya pada tahun ini!! Jika anda mula merancang hari anda pada malam ini, mungkin boleh ubah kepada merancang secara mingguan. Lakukan perancangan pada hujung minggu, untuk minggu yang akan datang!
Jika dengan membaca kisah kejayaan memberikan nilai positif yang banyak dalam diri anda, bacalah lebih banyak! Mungkin dahulu 1 buku untuk 1 bulan, kini mungkin boleh gandakan kepada 2 minggu untuk 1 buku!
I LOVE MY BLOG9:39 PM
motivasi diri
a yang saya nak katakan selepas ini adalah rahsia besar orang-orang berjaya. Dari kajian saya melalui pemerhatian dan pembacaan, orang berjaya mencapai kecemerlangan bukan setakat dia rajin berusaha. Ya, kejayaan bukan sekadar usaha keras.
Ada sesuatu yang membantu dia untuk berjaya. Selain dari faktor seperti kekuatan semangat, kerajinan berusaha dan kekentalan tekad di hati, ada sesuatu yang lain.
Pendek kata, sesuatu yang satu itu adalah supernatural! Ia tidak lain dan tidak bukan, mereka berjaya kerana usaha mereka dibantu oleh imaginasi di minda mereka. Orang berjaya, sebelum dia mencapai kejayaan, dia telah membayangkan kejayaan itu di mindanya beberapa bulan sebelum dia benar-benar dapat mencapai tahap kejayaan tersebut.
Imaginasi membolehkan kita berjaya dengan kudrat hampir minima. Bukan sekadar kita, sesiapapun boleh! Janji, dia tahu memperalatkan imaginasi.
Syaratnya ada banyak untuk Anda mencapai tahap sebegitu. Dia kena tahu bagaimana untuk membina imaginasi yang membolehkan dia muncul jadi orang cemerlang. Dia kena tahu bagaimana dia boleh menggunakan kedua-dua belah otaknya semaksima mungkin. Ada lagi syarat.
Banyak tak? Memang banyak (sebab itulah mengapa hanya ada sedikit orang berjaya di kalangan kita!). Dia perlu menghampirkan diri dengan pencipta alam semesta juga tenaga-tenaga dari alam semesta itu sendiri.
Sebenarnya kita sudah diberikan kapasiti untuk kita mempergunakan imaginasi dalam usaha mencapai kejayaan. Jika bukan kejayaan besar, cukup untuk kita mencapai kejayaan-kejayaan kecil dalam aktiviti seharian sebagai bukti ia boleh menarik kejayaan muncul dalam hidup kita. Nyatalah Yang Maha Esa memang amat menyayangi kita, jadi kita perlu jadi orang yang bersyukur.
I LOVE MY BLOG9:23 PM
motivasi diri
MEMILIKI kereta Jaguar S-Type berharga setengah juta ringgit, kondominium berharga RM600,000 dan pendapatan mencecah enam angka sebulan dalam usia baru mencecah 23 tahun pastinya sesuatu amat mengagumkan.
Walaupun ia nampak mustahil, tetapi Mahadi Badrul Zaman berjaya membuktikan tidak ada yang mustahil jika ada kemahuan. Dia bukanlah anak orang berada atau ternama, sebaliknya semua itu diperoleh hasil titik peluhnya sendiri.
Bertugas sebagai perunding saham amanah di SBB Mutual Berhad, dia membuktikan kejayaannya hari ini adalah hasil kerja keras dan sikap beraninya menceburi bidang yang kebanyakan orang takut mencubanya.
Menceritakan pengalaman awal terbabit dalam bidang berkenaan, Mahadi berkata, minat itu timbul selepas diperkenalkan rakannya, Aida Nurlin pada April 2004.
“Sewaktu berjumpa Aida dan rakan sekerjanya, saya tidak percaya kerana dalam usia awal 20-an, mereka mampu membeli kereta mewah seperti BMW dan Mercedez-Benz. Saya pula ketika itu baru saja tamat menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta,” kata Mahadi, graduan Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Katanya, selepas menamatkan pengajian dia nekad menyertai bidang terbabit dan hasil tunjuk ajar serta galakan Aida, dia mula memahami selok belok saham amanah yang langsung tiada di fikirannya pada masa itu.
“Bagi saya setiap pekerjaan mempunyai cabaran sendiri. Apa yang perlu ialah jangan gentar dan terus ke depan serta sentiasa bersikap positif. Jika orang lain boleh buat, kenapa kita tidak?,” katanya penuh yakin.
Sehubungan itu, Mahadi mahu berkongsi kejayaannya dengan menganjurkan seminar ‘Dare To Transform Life’ di pejabatnya di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur yang bermula Januari lalu.
“Tujuannya untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menyertai bidang ini. Sejak artikel mengenai saya tersiar di beberapa akhbar, saya mendapat banyak maklum balas yang berminat menceburi bidang ini.
“Dalam seminar itu kami memberi tumpuan kepada peserta mengenai persediaan dan selok belok saham amanah,” katanya.
Seminar selama tiga hari itu dikendalikan sendiri Mahadi bersama Aida. Dia turut memberi ceramah mengenai rahsia kejayaannya serta strategi dalam bidang saham amanah. Peserta juga akan menjalani sesi ‘brain wash’ untuk mengukuhkan persepsi mengenai kebaikan bekerja sendiri.
Selain itu, peserta ditekankan dengan kekuatan mental supaya dapat menangkis pandangan negatif sesetengah orang yang sering memandang rendah keupayaan mereka menyertai bidang saham amanah.
“Saya berani katakan anda tidak akan bosan apabila menyertai seminar itu. Ia bukan sekadar ceramah, tetapi dipenuhi pelbagai aktiviti seperti ‘role play’, tayangan filem berkaitan, nyanyian dan perbincangan. Dalam erti kata lain, ia tidak formal,” katanya.
Disebabkan sambutannya yang cukup menggalakkan sejak sesi pertama Januari, seminar itu dilanjutkan sehingga Jun depan.
“Saya hanya meletakkan sasaran kurang dari 100 peserta saja, tapi yang mendaftar lebih daripada itu. Kami hanya mengambil 16 peserta saja untuk setiap sesi supaya lebih fokus. Kebanyakan peserta pula berusia lebih daripada 25 tahun,” katanya
I LOVE MY BLOG9:20 PM
Monday, June 22, 2009
kem mahabbah tautan kasih
kem mahabbah kat skola ak da mcm aktiviti wajib...
klo mse kem ney mmg best...
taon ney ak djemput jdi fasi..
cam x caye je..
dlu ak yg nangis2 mse ak kna jdi peserta..
mmg teruk ak kna..
tpi skang ak lak jdi fasi..
hehehe...
kem mahabbah mmg best...
ak x nafikan..
ag2 pelajar berulang mcm ak ney...
mmg ney r peluang nk knal adik2..
hehehehe.....
I LOVE MY BLOG5:34 AM